Majum :
Hendaklah di makan atau diuntal bulat 4 biji, 3 kali sehari (Pagi / Tengahari / Petang)
Hirupan :
Masukkan 3 sudu teh kemudian di campur dengan segelas air panas dan di minum 3 kali sehari (macam membuat kopi) waktu Pagi/ Teghari/ Petang
Air Kunyit :
Masukkan 3 sudu teh kemudian dicampur dengan setengah gelas air panas di minum sebelum sarapan pagi dan sebelum tidur malam.
Pencuci :
Bungkusan direbus terlebih dahulu, kemudian angkat bungkusan tadi (toskan), air tersebut boleh juga dicampur dengan garam dan campur air suam untuk berendam sekali sehari. [Peringatan : Bungkusan hendaklah digantung (toskan) di tempat selamat, boleh digunakan berulang kali sehingga warna berubah menjadi putih baru dibuang].
Air Masak :
Sebungkus direbus terlebih dahulu dalam periuk kemudian airnya di minum 3 kali sehari. (Pagi / Tengahari / Petang). [Peringatan : Bungkusan hendaklah digantung (toskan) di tempat selamat, boleh digunakan berulang kali sehingga warna berubah menjadi putih baru dibuang].
Tepal Perut :
Tepal hendakalah dipanaskan sedikit (Jangan banyak), tunggu hingga sedikit sejuk kemudian dilapis menggunakan kain nipis barulah ditepalkan keparut untuk berbarut sekali sehari.
Bedak Lulur (Halus dan Kasar) :
HALUS hendakalah dicampur dengan air limau purut / menggunakan air biasa hingga pelikat barulah digosokan ke badan, kemuadian baru menggunakan yang KASAR tunggu dalam 10 minit baru mandi.
Pilis :
Pilis hendakalah dicampur sedikit air suam dan kemudian dilekatkan kedahi supaya tidak beruri dan juga boleh digosokan kebahagian belakang dan punggung untuk mengelakan sakit-sakit.
Daun Mandian :
Direbus sedikit dahulu kemudian digubakan untuk mandi 7, 14, 21 dan 40 hari.
Bayong Tebuni :
Untuk menyimpan tebuni selepas bersalin.
Perapat :
Untuk dipakai kuaran sahaja, untuk digosokan dibahagian sulit perempuan dan dibiarkan sahaja, tempalkan dengan panty-liners selama 5 jam, kemudian boleh dicuci.